~MArI KitE Mulakan Dgn BisMiLLah~

Sabda Rasulullah s.a.w: "Setiap urusan yang penting akan putus berkatnya jika tidak dimulai dengan ucapan بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Contact us :: ZuL-0176248387 to get MINYAK LINTAH TRADISI GUNUNG ASLI product... Wink!!!

Apr 20, 2012

Hari-Hari Kita

Hari-hari kita.........Ramai yg mengetahui tentang proses pertukaran siang dan malam. Ramai yg mahir perihal cuaca pagi dan petang. Ramai yg terpesona menyaksikan indahnya senja. Tetapi, berapa ramai yg tahu, betapa simboliknya suatu hari dgn sepanjang umur kita??Hayatila.......

Pagi........Kita masih mamai. Masih susah nk kenal dunia, masih payah nk kenal siapa diri kita. Kita terlalu mentah dgn resmi dunia. Bertatih mencari makna hidup di dunia......

Tengahari.........Menginjak remaja. Kita sudah tahu berlari namun seringkali terjatuh. Panas tengahari menjadi simboliknya panasnya darah kita yg memegang emosi sebagai kitab panduan.....

Petang.........Semakin lazim dgn roda dunia dan semakin redup menggerakkan catur hidup kita. Kita sudah tahu jalan mana yg patut digilap dan jalan mana yg dianggap gelap gelita.....

Senja........Kita sudah dihujung sudut usia. Matahari yg merah menandakan bahawa kita sudah lama menyuluh dunia. Hanya tinggal sedikit masa utk kita renungkan perihal baqa.....

Malam........Dunia sudah gelap bagi kita. Dingin, suram dan kelam memaksa kita mengimbas kembali tentang apa yang telah kita buat di sepanjang perjalanan sebelum nafas kita dihentikan menemui hidup yg sebenarnya.......

Sedarla wahai manusia, kita di waktu yg mana….Masihkan terleka dibuai hiburan yg fana....Masih sempatkah kita mengumpul bekalan utk hidup didunia yg sebenar disana???

No comments:

Post a Comment

Jom komen-komen....