Bacaan yg sgt sesuai utk kita sorang muslim n muslimah.... (",)V
Menutup aurat adalh perintah daripada ALLAH s.w.t. Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki, namun perintahnya amat kritikal ditekankan kepada wanita memandangkan lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat berbanding lelaki. Tambahan pula fitnah wanita itu lebih besar.
1) Tahu. Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yg menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum-hukum berkenaan aurat dan sebagainya.
2) Sedar bahawa tuntutan syariah amat perlu dan penting utk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jgn sambil lewa dan acuh x acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.
3) Syiar. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yg menutup aurat.
4) Fungsi cermin. Sebelum melangkah keluar rumah dgn yakin, tanyalah cermin, "Wahai cermin adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?" Jawapannya perlulah dijawab berdasarkan ciri-ciri pakaian patuh syariah.
5) Asingkan pakaian kepada dua kriteria: sesuai atau x sesuai dipakai dihadapan ajnabi. Pakaian yg seksi misalnya, masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.
6) Malu. Wanita yg x biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi x bertudung.
7) Bersahabat dgn wanita yg solehah boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yg ingin berusaha mengubah penampilan kepada penampilan yg patuh kepada syariah.
8) Eksklusif. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut ALLAH kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya shj. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma, jika suami pun perlu membayar mahar utk memilikinya.
9) Byk Manfaat. Wanita yg menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dgn lebih yakin dan selamat. mereka x perlu risaukan mata liar yg memandang, x perlu ambil kisah gaya rambut, x perlu berhabis duit utk aksesori itu dan ini..
"Secantik perhiasan adalah wanita solehah"