~MArI KitE Mulakan Dgn BisMiLLah~
Dec 16, 2010
TiP MenuTUP AuRat
Dec 11, 2010
Dec 9, 2010
TanDa -TanDa KeRetA koraNG TerSgtla k0Tor...haha
PeMerhaTiaN di Pusat MemBeli BeLAh
Awek cun + Balak Hensem
Orang kate couple ni relaks sahaja. Tidak menunjukkan public affection yg berlebihan. Org laen pon senang melihat mereka..yela, ngah control kehenseman and keayuannya....ne x nyer...
Awek cun + Balak x hensem
Orang kate kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yg x hensem. ha...ni majority kot...rerasenyela...Sila perhatikan balak itu. Muke mesti bangge sbb dia punya awek cun. Kadang-kadang, balak tu mesti pakai spek hitam nk nmpk hensem. Boleh diperhatikan juge, balak tu suke buat lawak x kelakar. Selalunya juge, balak tu de dompet yg tebal..maybe kot...dompet je tebal, duet x tebal x leh gak...tah2 kene angau kot...
Awek x cun + Balak hensem
Orang kate kita boleh nmpk awek tu pegang 'kaw-kawnyer' tangan balak dia yang hensem. Public affection yg melampau-lampau juge akan dilakukan oleh awek tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan juge kadang-kadang balak hensem itupon sedikit segan dgn perangai aweknya. Lepas itu, kalau de awek cun lalu kat tepi, awek x cun itu mesti kasi jelingan maut terhadap awek cun tu mcm nk mkn org...takut dikebasla balaknyer tu kot....hahaha...insecurity problem
Awek x cun + Balak x hensem
Orang kate ini couple x sape peduli punyer....no komen...erm....cian.....
Saya n hubby dari golongan yg awek sederhane + balak sederhane...xtermasuk dlm list...Anda dari golongan couple yang mane satu...pikir2kanla... (^.^)V
SaLaH FahaM~~
Tujuh perbezaan psikologi lelaki dan wanita
7) Lelaki jatuh sakit pada kekerapan yang sama seperti wanita walaupun wanita lebih prihatin terhadap kesihatan diri. Wanita menghadapi kesakitan atau kerja yang membosankan lebih baik daripada lelaki.
Dec 8, 2010
TiPs MenGenAi KitArAn HaID & WaKtu SubUR
KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.Finally, Tawakal dan berserah kepada Allah
Dec 7, 2010
AwaL muHaRam HoLiday..
Firstly, slamat awal Muharam 1432 hijrah..muge masuk je thn baru ni, kite berazam tuk merperbaiki diri, memperbykkan amal ibadah...xkan nk tunggu tue baru nk kuat beribadah kot...harap2 jgnla...aku pon berdoa agar dipermudahkan rezki yang baek2, yg halal, dipanjangkan umur dgn segala amal kebaekan, dipermudahkan urusan didunia n diakhirat, dikurniakan kebahagiaan hidup bersama hubbyku n familyku...Harap2 korang sume punya doa sepertiku....
Pada cuti umum harini, xde aktiviti sgt pon yg aku wat...byknyer berada dirumah...family firstla katakan...heheh...bangun lmbat pagi td...mlm td g tgk ngangkung...best..klakar giler...rase cam nk tgk lagi je...walaupon duk barisan paling depan..abis mendongak...hahah..blk umah je sakit tengkuk...tp berbaloila, cite pon best..abis satu panggung gelak...cam tgk kat umah je rasenyer...sblom tgk wayng de party ckit...farewell party utk diriku sempena meninggalkan XYbase...cdih..menitis gak airmateku, yele nk tinggalkan kwn2 kerja ku...dh lame kerje bersama..de dlm 3 tahun..kalau korangla...korang cdih x...sebenarnye, xnak cite lagi pasal farewell ku...nnti aku coretkan dlm post yg berikutnyer...aku nk cite pe yang jd harini...public holiday semperne awal muharam...aku ngan hubby bgn lmbt pagi td, bangun2 je dh tghari..trus bangun....standby nk masak tuk lunch...xdela special sgt, cume wat tumis kacang buncis ngan ikan bakar...almaklumla, isteri yg bekerja, jarang skali memasak dirumah...mase yang de ni, aku gunekan sebaek2 nyer mempraktikkan skil memasak aku...ahakz...petanglak, aku ngan hubby g Alam central, jejalan tgk laptop...tgk punyer tgk...terambang matelak..byk laptop2 baru, nk kate murah, xpastila...tp rase harge standard kot...yeyeh, at last, terbelila 1 laptop...brand acer...xpela, nnti nk keje kat tmpt baru, leh gune laptop baru..hehehe...laptop lame telah ku pulangkan ke XYbase, company lame ku...cdih jek...laptop yg byk berjase kat aku...dari aku zero knowledge pasal coding, smpila de knowledge...tp x dela byk sgt,still need to study....alhamdulillah, ilmu yg ade padaku ini akan digunakan mase aku kerje kat tempat baru nnti...chayok2 padaku....Gambate...agi idup agi ngelaban...... :)
Dec 6, 2010
Doa AkHir Tahun n Doa AwAL Tahun HiJraH
Dec 5, 2010
NgaH MusiM Cuti SkoLAh...biAsenYe Event pe Yg Byk???
Dec 4, 2010
DeMaM Harry PorTer MeLanda MALaysia....
Release Date: 17 November 2010 |
Language: English |
Genre: Adventure, Fantasy |
Running Time: 2 hours 27 minutes |
Director: David Yates |
Cast: Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Ralph Fiennes, Bill Nighy, John Hurt, Rhys Ifans, Helena Bonham Carter, Robbie Coltrane, Imelda Staunton, Jason Isaacs, Miranda Richardson, Warwick Davis, Alan Rickman, Maggie Smith, Brendan Gleeson, Ciaran Hinds, Timothy Spall, David Thewlis, Julie Walters, Tom Felton, Bonnie Wright, Jamie Campbell Bower, Richard Griffiths, Matthew Lewis, Evanna Lynch, Fiona Shaw, Helen McCrory, David O'Hara, Natalia Tena. |
Synopsis: The final chapter of the "Harry Potter" film series begins as Harry, Ron and Hermione leave Hogwarts behind and set out to find and destroy the Horcruxes -- the secret to Voldemort's power and immortality. (Source: Warner Brothers) |
Esok, lehlak tgk muvie laen...mentang2 la awal bulan....sume muvie nk tgk yek...aiyoyo!!!! next week company bayarlak.....hahaha...jgn jeles.... :)
Dec 3, 2010
MC = MinTaK CuTi... :)
Sblom hubby g kje, dier request nk nc goreng utk mkn mlm nnt..jadinya pas g klinik..aku singgahla kdai nk bli sayur n cili boh. So mmndangkn aku nk perhabehkn ramuan2 yg ader kt esbokk aku..jadi aku namakn nc greng aku nc goreng campokkk..ngeh.
bahan2:
1) ayam cincang( sllu utk wat kuah spagetti)
2) 1 ulas bwg bsr
3) 3 ulas bwg putih (aku taruk bnyk skit..)
4) 1 1/2 sudu cili boh
5) 2 biji tlor
6) sayur kobis
7) tambahan ( hot dog -> di hiris )
8) garam
9) nasi putih
Cara2 :-
1) kali nie aku xblender bhn2 aku. hiris bwg bsr n putih. Then panaskn kuali n msukkn minyak. Masukkn bwg putih, naik wangi trus msukkn ayam cincang..bila cm dh putih ayam tue, msukkn bwg bsr..stlh wangi br msukkn cili boh, msk smpi cili boh tue naik minyak..after that msukn hot dog tue.
2) Then aku msukkn telor...jgn smpi kering telor tue...bila cm separuh msk telor tue..msukkn kobis. Bile separa layu kobis tue, trus msukkn nasi n garam..masak shingga all the ingredients sebati.
If nk nasi lebih menarik..u ol leh tukar syur kobis kepada mix vege or bila dh msk nc greng nie..hiris cili merah halus2 then tabur atas nc tue k.
~ Slamat mencube nc greng bujang nie ~
AnDa SeoRAng PenggeMar KaeN???
Assalamualaikum....
Harini, xdela nk bercerite ape2...cume nk promote ckit blog kwn yang menjual sumting for women... ;)....ni kire cam sumbangan kemasyarakatanla..hehehe
For those who may interested,
make this url as ur link
http://teratak-kami.blogspot.com/
Dec 1, 2010
Kajian Personaliti Mngikut Bulan Dr. Fadzillah Kamsah
JUN
----
berfikiran jauh & berwawasan
mudah ditawan krn sikap baik
berperangai yang lemah lembut
mudah berubah sikap,perangaiidea @mood
idea yang terlalu banyak dikepala
bersikap sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dgn segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik
cepat marah &cepat sejuk
suka bercakap & berdebat
suka buat lawak & bergurau
otaknya cerdas berangan-angan
mudah berkawan & pandai berkawan
orang yang sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selsema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih & cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat nak sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yang tidak terkawal
sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya
adalah kawan saya.
OGOS
-----
suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun dan caring terhadap orang lain
berani dan tidak tahu takut
orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
pandai pujuk orang lain
terlalu pemurah & bersikap ego
nilai harga diri yang sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yang luar biasa
cepat marah & mudah mengamuk
mudah marah apabila cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya pemerhatian yang tajam & teliti
cepat berfikir
fikiran yang berdikari
suka memimpin & dipimpin
sifat suka berangan
berbakat dalam seni lukis,hiburan & silat
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
cepat apabila ditimpa penyakit
belajar untuk relax
sikap kelam kabut
romantik ,pengasih,penyayang
suka mencari kawan
sumber :- http://lelakikuat.azhaan.com/?tag=konsep-perkahwinan-dalam-islam
Kategori Darah
Actually yg membuatkn aku berkobar2 utk ltakkn post nie sbbnya aku br tau exactly jnis dr aku br2 ini lpas kempen derma darah kt kastam nie. Aku tergolong dr kump. darah A manakala suami aku plak darah B. so aku pom pg2 nie google la nk tau ade x rahsia d sbalik jnis darah kiter nie. sbagai motivasi d pagi2 nie..hehhh..
k la..aku sharekn artikel nie:
KUMPULAN DARAH 'O' Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif. Betul tak????
KUMPULAN DARAH 'A' Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..
KUMPULAN DARAH 'B' Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..
KUMPULAN DARAH 'AB' Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.
sumber :- http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-disebalik-jenis-darah.html
Jenis Makanan pula :
--------------------
Fakta
Diet untuk darah jenis A
Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.
Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Diet untuk darah jenis B
Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Diet golongan darah jenis AB
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Diet untuk darah jenis O
Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.
sumber:- http://halaqah.net/v10/index.php?topic=4041.0
~ Selamat MEmbaca :D ~
Nov 30, 2010
MAHA 2010
MasaK2 ~ Sayur Bayam Msk Air ~
Masak2 TimE ~ SardiN ~
hehe...ReAL MadRic KaLAh..cian
Nov 27, 2010
eee...seramnyer
Nov 26, 2010
MaRi DownLoad MuVie..Free
Nov 25, 2010
RenunGan KepAdA PerOkoK2 TeGAr
Di dalam rokok terdapat beribu-ribu bahan kimia dan sebahagian besarnya memberi toksik kepada tubuh. Bahan ini menjejaskan banyak aspek kesihatan daripada fungsi organ dalaman tubuh hinggalah kepada sistem imun. Kandungan bertoksin daripada rokok boleh memasuki segenap ruang tubuh dan boleh merosakkan dengan banyak cara.
Pengumpulan toksin yang berlebihan akan memberi kesan kepada kesihatan, dimana kita akan mudah letih, daya konsentrasi yang lemah, peningkatan berat badan serta risiko pelbagai penyakit. Hati merupakan organ penting yang melibatkan tugas yang kompleks. Ini termasuklah memproses ubatan dan toksin lain untuk disingkirkan daripada tubuh. Penyelidikan juga mendapati merokok menukar keupayaan hati untuk menguruskan bahan-bahan tersebut.
GoodBye...Hope 2 c u Again..
Ilmu yg ku perolehi akan aku manfaat di tmpt br nnt, wondering how my life wil be at there..hahahaha.
~ Bye.. ~
~ Hope 2 c U Again.. ~
ManisssSSSssssssssssssssnyeww
MAnisnya senyumannya.. mberi hatiku lege sllu
MAnisnya lawakmu...memberi senyuman terlihat di mukaku..
MAnisnya pertolonganmu..independencemu meringankn kerja rumahku...
Manisnya doronganmu..mkaseh sygku mmberiku ruang dlm mncr ilmu
MAnisnya idup..dgn nasihatmu..
MAnisnya hatiku..menerima kemaafanmu..
Alhamdulillah...syukur di atas pemberianmu ya Allah ini melengkapkn jiwaku..
Nov 24, 2010
LaYan~~~
Nov 23, 2010
Nov 22, 2010
PetUa Baeknyer...uTk pasangAn yang bAru nk BerUmahtaNgga
ermmmm....
surf punyer surf, tetibe terperasanlak satu web ni...nmpk cam interesting tuk dikongsi...Tp utk bakal pasangan raja sehari la...tp aku rasela, tuk pasangan yang dh berkahwin pon bole gak kot...sbb aku pon bukan amalkan sgt petue ni...tp dipikir2 elok gak..yela, nk kene gak jage keharmonian rumahtangge sendiri...tp kalau de sesape yang kurang bersetuju ngan petue ni leh la same2 kite kongsi...luahkan pe pendapat korang...tp letih gakla nk bace coz panjang lebar ayatnye....xpela, demi kebaikan rajin2kanla..ahakz....
jom layan......zas!!!!
Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama
baik keluarga.
3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.
4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.
7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.
11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.
14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin
tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.
23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.
24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.
27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli
keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.
33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.
38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.
40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.
Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.
Cdihyer....chelsea kalah lg...
dgn ketiadaan terry n lampard...chelsea klh lg...
erm..nasibla arsenal pon kalah..
xdela terase sgt..tp yang paling chuaknyer ni...MAn U semakin menghampiri...
xpe2..
masih byk game yg perlu dilalui...
dharapkan,chelsea willcome back in their nex match....
chayok2 chelsea....wwkwwkwkwkwkwk
Aug 26, 2010
PencariaN bermulA
2) Not Goin to turning back
3) Believe in urself
4) Doa sllu
5) Gagal skali , bkn bermakna gagal utk ke brp kalinya.
6) be Brave
BErmulalh episod utk mencari kali ini. MEncr apa? mencr kerja..:)
Actually pencarian ini d sbbkn utk LEARN new language which rite now, d language dat i use xmluas sgt pasarannya d malaysia. Aku dh pikirkn nya bnyk kali, mgkin kali ini adalah langkah pertama utk aku yakin kluar dr kepompong slamat aku skrg. Aku perlukn cabaran which cabaran itu berguna utk aku bg masa hadapan. i LIKE dis job very much n dgn langkah aku ini adalah utk mngembangkn lg permahaman aku dr sudut mengcode, kite PELBAGAIKN...chewahh ;D
Aku BERDOA agar perjalanan hidup ku d permudahkan...bgitu juga kpd yg lain..
aku BAHAGIA di cni setelah 3 thn 6bln aku di cni shingga waktu ini. TAPI bahagia xbermakna aku menoktahkn hidupku di tempat kerja ini yg bnyk mngajar aku erti TABAH, HIDUP, PENAT dan pelbagai lagi. SUKAR utk aku ungkapkn satu persatu.
Bialah MASA n REZEKi yg menentukn ke mana kaki ini akan melangkah.
Ol d BESSsssss!!!!!!!!! GAMBATE!!!!!!